KAU AKU KITA

Iman Firdaus, satu nama tetapi berlainan orang, satu lelaki dan satu lagi perempuan. Satu artis ternama dan satu lagi langsung tidak dikenali orang. Mereka dikenali sebagai Aus (perempuan) dan Iman (lelaki). Perjumpaan mereka yang tidak disangka menyebabkan mereka terus rapat dan berkahwin. Sewaktu mereka berkahwin, bekas teman wanita Iman mengganggu dan membuatkan hubungan mereka berantakan.

MENONGKAH KASIH

‘Mengisahkan lingkaran kehidupan Datin Rahmah yang meniti kehidupan hari tuanya disebabkan dosa dan kesilapan masa lalunya. Rahmah di himpit kesunyian apabila dia merasakan kasih sayang anak-anak semakin menjauh darinya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing meskipun mereka tinggal serumah. Penyesalan yang tidak berkesudahan terhadap satu peristiwa akhirnya membawa Rahmah pulang ke kampung untuk memperbetulkan kesilapan lampu namun dia meneruma kejutan dengan kemunculan anak tirinya yang sangat baik budi.

SATU CINTA

‘Umairah, anak kepada Fauziah yang bekerja sebagai orang gaji dan tinggal bersama Nek Yam. Nek Yam mempunyai dua orang anak iaitu Zailan dan Zila yang sudah pun berkahwin. Zailan berkahwin dengan Yati dan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Faris dan Naina. Manakala Zila berkahwin sebanyak dua kali tetapi keduanya gagal kerana dirinya sendiri. Dalam perkahwinan pertama dia dikurniakan seorang anak bersama Ahmad, Naina. Sejak kecil lagi Umairah sering menjadi mangsa buli Naina yang sering tidak berpuas hati dengannya. Semuanya kerana Nek Yam lebih sayangkan Umairah lebih daripada Naina. Cara didikan Zila yang membenci Fauziah juga turut diterapkan kepada Naina untuk terus membenci Fauziah dan Umairah. Tidak kira di sekolah mahupun di rumah, Naina akan terus menjadikan Umairah mangsanya. . Hanya Faris orang yang membela dan memperjuangkan nasib Umairah dan Fauziah.