Nintendo Sementara Hapuskan Octopath Traveler

Pada 2 Mac, permainan peranan Jepun (JRPG) Octopath Traveler yang sangat popular kini tidak boleh dibeli di Nintendo eShop. Walau bagaimanapun, kod-kod runcit pihak ketiga untuk permainan masih berfungsi.

Dahulunya diterbitkan oleh Nintendo, Gematsu menunjukkan bahawa hak penerbitan permainan tersebut telah kembali kepada Square Enix pada bulan Disember yang lalu. Permainan tersebut dibangunkan oleh Square Enix serta studio Jepun Acquire.

Mengambil kira populariti permainan dan pengaruhnya, Video Games Chronicle meramalkan bahawa perubahan tersebut dibuat sebelum permainan tersebut boleh didapati di platform lain selain daripada Nintendo Switch di mana permainan itu dilancarkan.

Octopath Traveler menggunakan elemen-elemen JRPG tradisional seperti grafik 2D-nya, pertempuran berdasarkan giliran dan sistem kelas sambil memasukkan elemen-elemen moden seperti permainan “break and boost”nya.

Octopath Traveler: Champions of the Continent untuk iOS dan Android pada tahun 2020. Tahun lalu, sekuel Octopath Traveler II telah dikeluarkan untuk Switch, PlayStation 4 dan 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC.

Kemaskini: Square Enix mengesahkan pada 5 Mac bahawa permainan tersebut tidak dapat dibeli di Nintendo Switch eShop dan akan kembali “boleh dibeli tidak lama lagi”.

Leave a Comment