Pengarah untuk sambungan filem Exorcist dilucutkan tanpa sebab

MENGIKUTI kecaman meluas terhadap kualiti filem The Exorcist: Believer tahun lepas, sekuel filem tersebut, The Exorcist: Deceiver, telah kehilangan pengarahnya, David Gordon Green.

Walaupun berjaya mendapatkan semula belanjawan pengeluarannya AS$30 juta (RM139 juta) dengan menjana AS$137 juta (RM636 juta) di pawagam global, Believer gagal untuk membuktikan bahawa trilogi yang Universal Pictures rancang untuk hasilkan akan dapat memperoleh keuntungan.

Ini berlaku selepas mereka menghabiskan AS$400 juta (RM1.8 bilion) untuk mendapatkan hak cipta francais tersebut.

Segera selepas pelancaran Believer dan kritikan pedas yang diutarakan terhadapnya, The Hollywood Reporter mendedahkan bahawa sumber mereka di Universal Pictures telah mendakwa bahawa akan ada “sedikit perubahan kreatif untuk dua filem seterusnya”.

Sebelum Believer, Green telah menulis dan mengarahkan tiga filem Halloween dari tahun 2018 hingga 2022, yang merupakan tontonan blockbuster di pawagam seluruh dunia yang mendapat hampir AS$500 juta secara keseluruhan.

Selain itu, Deceiver juga dikeluarkan dari jadual tayangannya pada tahun 2025 dan digantikan dengan filem biografi Michael Jackson arahan Antoine Fuqua, Michael.

Universal Pictures dan Blumhouse Productions kini sedang mencari pengarah baru untuk mengarahkan projek ini.

Leave a Comment